Semak Akaun Bank dan Nombor Telefon Penipu | Malaysia | Mac 2024

Pernahkah anda menerima panggilan dari pegawai kerajaan palsu yang meminta duit dan suruh memasukkan duit ke akaun bank penipu?

Jangan risau, Video ini mengajar anda cara Semak untuk memastikan akaun bank dan nombor telefon ialah Penipu dengan menggunakan Laman Web "CCID" (Semak Mule) dari Kerajaan Malaysia.

Gunakan Laman Web "CCID" (Semak Mule),
Percuma: "CCID" (Semak Mule) ialah alat semakan dalam talian tanpa sebarang kos.
Cepat: Keputusan semakan akan tunjuk Amaran mengenai Akaun Bank dan Nombor Telefon yang dilaporkan penipuan dalam masa seminit.
Selamat: Laman Web "CCID" (Semak Mule) ialah Laman Web Rasmi Kerajaan Malaysia (Dot Gov Dot My) yang boleh dipercayai.

Tiada lagi risiko kejutan yang tidak diingini,
Lindungi diri anda dari Penipu dengan cara percuma ini!

Bagaimana Semak Akaun Bank dan Nombor Telefon Penipu:

  1. Log masuk ke Penyemak Imbas Google Chrome.
  2. Lawati Laman Web "CCID" (Semak Mule).
  3. Pilih Bahasa.
  4. Pilih Kategori: Nombor Telefon.
  5. Masukkan Nombor Telefon yang ingin disemak.
  6. Masukkan captcha yang dipaparkan.
  7. Klik "Semak Maklumat".

Laman Web "CCID" (Semak Mule)
https://semakmule.rmp.gov.my/