Semak E-Mel Benar dan Palsu: Cara Asas | Telekom Malaysia | Mac 2024

Takut ditipu oleh E-Mel Palsu yang mengaku dari syarikat terkenal?

Jangan risau,
Video ini menunjukkan Cara Asas untuk menyemak E-Mel Benar dan Palsu.
Cara ini ialah ilmu penting untuk mengenal pasti E-Mel yang Benar dan yang merupakan Penipuan.
Video ini menggunakan Telekom Malaysia (TM) sebagai contoh.

Gunakan Cara Asas,Alamat E-Mel Palsu: E-Mel Palsu Telekom Malaysia (TM) ini mempunyai titik "tw" di hujungnya,
yang bermaksud E-Mel ini berasal dari Taiwan.
Telekom Malaysia (TM) tidak ada cawangan di Taiwan,
jadi E-Mel ini adalah Palsu.

Kedudukan Huruf "tm": Penipu meletakkan huruf "tm" di hadapan simbol "@" dalam Alamat E-Mel Palsu.
Tujuannya ialah meniru E-Mel Telekom Malaysia (TM) yang Benar.
Namun, Alamat E-Mel Telekom Malaysia (TM) yang Benar mempunyai huruf "tm" selepas simbol "@".
Simbol "@" mesti diikuti dengan nama "Domain".
Nama "Domain" tidak boleh diubah.

Tonton video tutorial ini sekarang!
Pelajari Cara Asas yang berharga ini untuk melindungi diri anda daripada Serangan Pancingan Data!

Bagaimana Semak E-Mel Benar dan Palsu:

  1. Salin Alamat E-Mel yang ingin semak.
  2. Tampalkan Alamat E-Mel yang disalin ke dalam "Notepad" untuk perbandingan yang jelas.
  3. Fokuskan pada teks selepas tanda "@" dalam Alamat E-Mel sebab ia ialah Nama "Domain".
  4. Bandingkan Nama "Domain" Alamat E-Mel dengan nama "Domain" Laman Web Rasmi Syarikat atau Individu.
  5. Cari Alamat E-Mel Sebenar di Laman Web Rasmi untuk perbandingan lebih jelas.
 Laman Web Telekom Malaysia (TM)
https://tm.com.my/